Kompleks Sultan Abu Bakar
Kompleks Sultan Abu Bakar

Kompleks Sultan Abu Bakar

Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB; Jawi: کومڤليک‌س سلطان ابو بکر ) ialah kompleks imigresen, kastam dan kuarantin (ICQ) di Tanjung Kupang, Iskandar Puteri, Johor, Malaysia. Terletak di utara Laluan Kedua Malaysia–Singapura (Linkedua), ia merupakan satu daripada dua jalan masuk ke Malaysia dari sempadan Malaysia-Singapura.Kompleks CIQ ini dinamakan sempena nama Sultan Abu Bakar. Dari Malaysia, laluan berkenderaan melalui Lebuhraya Linkedua, berterusan selepas pemeriksaan sempadan di jambatan Linkedua ke Pusat Pemeriksaan Tuas di Tuas, Singapore. Pejalan kaki tidak dibenarkan di Linkedua.